PENGEDAR SELURUH NEGARA UNTUK PRODUK ALPHA LIPID LIFELINE DAN SLIM DIET 2 DIPERLUKAN. HUBUNGI /SMS 012- 6525171 ATAU EMEL : askmesd2@gmail.com
Showing posts with label SOALAN LAZIM SLIM DIET 2. Show all posts
Showing posts with label SOALAN LAZIM SLIM DIET 2. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

AIR! AIR! AIR!

Kenapa anda perlu minum banyak air ketika berdiet ?

Apa yang anda sudah tahu: Minum sekurang-kurangnya 2 litre air setiap hari. Minum lebih banyak adalah lebih baik.

Apa yang anda belum tahu. Kenapa ?

Ini adalah diantara sebab-sebab kenapa anda perlu meminum banyak air ketika berdiet:

Sekiranya anda kurang minum air, percaya atau tidak anda berada didalam keadaan dehidrasi (kekurangan air) yg sederhana. Ini boleh menyebabkan badan anda kepenatan atau fatigue. Namun yang paling penting lagi ketika anda berusaha untuk menguruskan badan, keadaan ini menyebabkan metabolisma anda semakin rendah dan penurunan berat badan anda akan menjadi lambat.

Air adalah bahan yang penting didalam badan dan sangat diperlukan untuk enzim penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh/keringat yang sempurna

Air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan

Air adalah penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses didalam se-sel badan

Air adalah penting untuk fungsi penghadaman makanan dan pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit

Ia juga membantu mengekalkan PH yang seimbang didalam badan anda. PH badan yang asidik akan melambatkan pembakaran lemak

Minumlah banyak air semasa anda berdiet SD2 kerana ia bukan sahaja menyihatkan badan anda tetapi juga membantu untuk menurunkan berat badan dengan lebih baik.






PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN SEWAKTU DIET SLIM DIET 2


KENAPAKAH BUAH-BUAHAN TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG PLAN DIET SDII DI JALANKAN ?
Ketika dalam menjalani program diet penurunan berat badan SDII ini, pengambilan karbohidrat harian ini SEHARUSNYA di antara 20g hingga 35g sahaja. Buah-buahan pula mengandungi kandungan karbohidrat yang teramat tinggi dan sememangnya tidak sesuai bagi program ini. Bandingkan jadual dibawah:

BUAH-BUAHAN SAIZ PENGAMBILAN KARBOHIDRAT (gram) TENAGA (kalori)
Epal Hijau 1 biji (sederhana) 9.1 39
Epal Merah 1 biji (kecil) 13.1 57
Pisang 1 biji (kecil) 22.9 100
Jambu batu Setengah biji (kecil) 10.0 46
Oren 1 biji (kecil) 10.4 49
Belimbing Setengah biji (kecil) 5.0 24
Durian Seulas 27.9 453
Rambutan 4 hingga 5 biji 13.9 59
Anggur 8 biji 16.3 68
Betik Sehiris nipis 7.1 35
Tembikai Sehiris nipis 6.0 28