PENGEDAR SELURUH NEGARA UNTUK PRODUK ALPHA LIPID LIFELINE DAN SLIM DIET 2 DIPERLUKAN. HUBUNGI /SMS 012- 6525171 ATAU EMEL : askmesd2@gmail.com
Showing posts with label MENU SLIM DIET 2. Show all posts
Showing posts with label MENU SLIM DIET 2. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

SAYUR OH SAYUR!

APAKAH SAYURAN YANG BOLEH DIMAKAN SEPANJANG DIET?

Sayuran, secara umumnya, mengandungi karbohidrat yang baik. Namun begitu, ada jenis sayuran yang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi tetapi tak semestinya mempunyai zat makan yang tinggi juga dan begitulah juga sebaliknya. Kebanyakan sayuran membekalkan serat atau fiber dan juga zat tumbuh-tumbuhan (phytonutrients) yang baik, iaitu bahan asli didalam tumbuh-tumbuhan yang boleh menghindarkan kita dari penyakit.

Sebenarnya, sayuran yang padat dengan zat makan adalah mengandungi karbohidrat yang rendah. Sayuran hijau seperti salad dan daun-daun hijau lain yang boleh dimakan mentah seperti lettuce, bayam, parsley, salad air (macam sejenis paku-pakis) adalah semuanya tinggi zat tumbuhan dan rendah karbohidrat. Pilihan terbaik yang lain termasuklah sayuran asparagus, pucuk rebung, broccoli, kobis, kobis bunga, terung, bendi, jicama, kale, collard green, mentimun, kohlrabi, leeks, mustard green, bawang, radishes, scallions, shallots, snow pea pods, spaghetti squash, strings or wax beans, swiss chard, tomatoes, water chestnuts dan zucchini.

Pada tahap permulaan berdiet, dimana tahap karbohidrat yang anda boleh ambil adalah terlalu rendah, anda boleh mengambil 3 cawan/cup sayuran yang rendah karbohidrat sehari. Tergantung kepada kesukaan anda, anda boleh memilih samada 2 cawan salad dan 1 cawan sayuran lain seperti brocolli, terung, bayam etc atau 3 cawan salad sahaja. Pada tahap penurunan berat badan selanjutnya, anda boleh menambah lebih lagi sayur-sayuran. Sehingga pada tahap pengekalan berat badan, anda boleh mengambil apa sahaja jenis sayuran walaupun jenis karbohidrat yang tinggi dan rendah zat makanan tetapi hendaklah diambil dengan sederhana atau sekali sekala sahaja.

Dibawah ini saya sertakan contoh sayur-sayuran dan berapakan kandungan karbohidratnya untuk panduan pemakanan anda:

Vegetables (serving size) Carbs
Artichokes, cooked (1 medium) 13g
Asparagus, raw (5″ spear) 0.5g
Beets, cooked, (1/2 cup) 8g
Broccoli, raw (1 cup) 4g
Brussels sprouts, cooked (1/2 cup) 7g
Cabbage, cooked, (1/2 cup) 3g
Carrots, cooked (1/2 cup) 8g
Cauliflower, cooked (1/2 cup) 3g
Celery, raw (1 cup) 4g
Chard, Swiss, cooked (1 cup) 7g
Collard Greens, cooked (1 cup) 12g
Corn, sweet, cooked (1oz) 7g
Cucumber, raw (1/2 cup) 1g
Eggplant/ Aubergine, cooked (1 cup) 7g
Endive, raw (1/2 cup) 1g
Kale, cooked (1 cup) 7g
Leeks, cooked (1/2 cup) 4g
Lettuce (1 cup) 1g
Mushrooms, raw (1 cup) 4g
Onions, raw (1 cup) 14g
Parsnips, cooked (1/2 cup) 15g
Peas, green, cooked (1 cup) 25g
Peppers, green (1 cup) 10g
Pumpkin, cooked, mashed (1 cup) 12g
Radishes, raw (1 cup) 4g
Spinach, cooked (1 cup) 7g
Squash, zucchini, cooked (1 cup) 8g
Squash, winter, acorn, cooked (1 cup) 30g
Succotash, cooked (1 cup) 47g
Sweet potato, baked w/skin (large) 44g
Tomatoes, raw (1 cup) 8g
Turnip, cooked, mashed (1 cup) 11g






PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN SEWAKTU DIET SLIM DIET 2


KENAPAKAH BUAH-BUAHAN TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG PLAN DIET SDII DI JALANKAN ?
Ketika dalam menjalani program diet penurunan berat badan SDII ini, pengambilan karbohidrat harian ini SEHARUSNYA di antara 20g hingga 35g sahaja. Buah-buahan pula mengandungi kandungan karbohidrat yang teramat tinggi dan sememangnya tidak sesuai bagi program ini. Bandingkan jadual dibawah:

BUAH-BUAHAN SAIZ PENGAMBILAN KARBOHIDRAT (gram) TENAGA (kalori)
Epal Hijau 1 biji (sederhana) 9.1 39
Epal Merah 1 biji (kecil) 13.1 57
Pisang 1 biji (kecil) 22.9 100
Jambu batu Setengah biji (kecil) 10.0 46
Oren 1 biji (kecil) 10.4 49
Belimbing Setengah biji (kecil) 5.0 24
Durian Seulas 27.9 453
Rambutan 4 hingga 5 biji 13.9 59
Anggur 8 biji 16.3 68
Betik Sehiris nipis 7.1 35
Tembikai Sehiris nipis 6.0 28




Monday, June 14, 2010

PENGAMBILAN OAT SEMASA DIET SLIM DIET 2

Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijiran, dan biji benih tumbuhan ini. Ia digunakan bagi makanan manusia, dan juga sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda.

Pengambilannya dipercayai mengurangkan LDL kolesterol (“buruk”), dan berkemungkinan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oat juga merupakan bijiran selamat bagi pengidap penyakit celiac (alahan gluten).

Selepas lapuran mengenai bahawa oat mampu membantu mengurangkan kolesterol keluar, “kegilaan bijirin oat” melanda U.S. pada akhir 1980-an dan memuncak pada 1989.Popular oatmeal dan keluaran oat lain sekali lagi meningkat selepas keputusan Food and Drug Administration pada Januari 1997 bahawa kebanyakan (oat bran) atau (rolled oats) boleh meletakkan label yang mendakwa bahawa ia mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung, apbila digabung dengan diet kurang lemak.

Walaupun menurut lapuran mengatakan oat adalah satu makanan yang baik, mari kita lihat kandungan nutrisi pemakanan oat:

Oat Nutritional value per 100g (3.5oz)
Energy 1,628kJ (389kcal)
Carbohydrates 66 g
Dietary fiber 11 g
Fat 7 g
Protein 17 g
Pantothenic acid(B5) 1.3 mg (26%)
Folate(Vit. B9) 56 μg (14%)
Iron 5 mg (40%)
Magnesium 177 mg (48%)
β-glucan (soluble fiber) 4 g
Percentages are relative to USrecommendationsfor adults.
Source:USDA Nutrient database

Kandungan karbohidrat didalam setiap hidangan 100 g Oat adalah 66g. Ini adalah terlalu tinggi dan melebihi had 35g karbohidrat sehari untuk pengamal diet SD2. Cukup dengan memakan 50g Oat sahaja akan menyebabkan badan kita tidak lagi membakar lemak tersimpan dan mengambil tenaga & gula dari oat yang kita makan tadi.

Berhenti makan oat untuk semetara sewaktu diet SD2 sekiranya anda ingin cepat menurunkan berat badan.

* Credit to Hazura aka Jue for best info




Monday, June 7, 2010

MENU SLIM DIET 2


Dibawah ini kami sertakan menu cadangan yang berkesan bersama SDII meliputi sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.

Penting:
Pastikan minum SDII terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa makanan.


SARAPAN PAGI
Menu-1 Minuman SDII, Sebiji telur + Daging + Keju Cheddar rendah lemak, 1 biji tomato saiz sederhana.
Menu-2 Minuman SDII, 2 Biji telur rebus, 1 biji tomato saiz sederhana.
Menu-3 Minuman SDII, 2 Biji telur hancur (scrambled) dan sayur campuran.
Menu-4 Minuman SDII, Sup telur dicampur hirisan ayam dan secawan kobis.
Menu-5 Minuman SDII, 2 biji telur goreng dan salad sayur-sayuran.
Menu-6 Minuman SDII, Sup berasaskan daging ayam, telur hancur (scrambled) dan Brokoli.
Menu-7 Minuman SDII, telur yang di steamkan dengan daging kisar dan cendawan serta sebiji tomato sederhana.

MAKAN TENGAHARI
Menu 1 Minuman SDII, Tofu serta isi ketam, telur dengan udang dan Brokoli rebus.
Menu 2 Minuman SDII, ayam dipanggang, adunan salad digoreng bersama bawang putih dan asparagus goreng.
Menu 3 Minuman SDII, daging goreng kicap dan brokoli bersama udang.
Menu 4 Minuman SDII, Rendang ayam serta adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
Menu 5 Minuman SDII, ayam digoreng bersama halia dan asparagus dipanggang bersama telur.
Menu 6 Minuman SDII, stik bersama potongan tomato segar dan adunan goreng kacang bendi, cendawan dan bawang.
Menu 7 Minuman SDII, ikan dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.

MAKAN MALAM
Menu 1 Minuman SDII, hirisan kambing bakar dengan sos pudina, sayur campuran dan daun saderi (celery) digoreng bersama udang.
Menu 2 Minuman SDII, Ikan yang dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.
Menu 3 Minuman SDII, ayam yang dipanggang, tofu bersama daging kisar, serta sayur bayam.
Menu 4 Minuman SDII, hirisan kambing bakar bersama sos pudina, daun saderi (celery) + udang digoreng, serta sayur campuran.
Menu 5 Minuman SDII, Ketam yang dipanggang, ikan dan adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
Menu 6 Minuman SDII, adunan goreng udang campur daun saderi (celery) dan hati goreng halia.
Menu 7 Minuman SDII, Tofu beserta isi ketam, udang dimasak dengan telur, Brokoli yang direbus.

SEBELUM TIDUR, AKHIR SEKALI MINUM SEGELAS SDII.


PERHATIAN:
• Ibu yang hamil atau sedang menyusu bayi tidak seharusnya menyertai apa-apa bahagian dalam program penurunan berat badan.
• Kepada kesemua pengidap Diabetes Mellitus (IDDM) yang bergantung kepada insulin, adalah perlu pengawasan doktor ketika anda menyertai program ini.
• Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda mengambil atau amalkan ubatan tertentu.